You never test the depth of a river with both feet


Isu lama

Isu lama.Pemikiran juga lama.

Sampai bila nak mengeluh malang yang menimpa diri? sampai bila nak mengasihani nasib tanpa usaha?Jika barisan hadapan sendiri takut dan gentar untuk menukar pemikiran dan terus tunduk kepada risiko, maka memang sampai bila-bila engkau aku dan kita di takuk lama.Ini yang disedihkan.Peluang melihat perkara yang tidak dapat dilihat didepan mata digunakan untuk mempertahankan inferiority.Bukan untuk terus cuba bangun menongkah diri.Aku sedar siapa kita dan aku sedar akan ‘mahalnya harga’ sebuah risiko.Dan aku percaya untuk setiap kejayaan di kemudian hari pasti akan ada harga yang perlu dibayar dan pengorbanan.Sebuah kejayaan bukan dipupuk selama sehari dua bulan atau lima tahun.Mungkin sepuluh tahun baru nampak buahnya.Tetapi kesabaran itu suatu asset.

Ya aku kecewa dengan mereka yang tidak mahu mengubah pemikiran.Tidak mahu mencuba mencari ruang bernafas yang lebih selesa sebaliknya sanggup bernafas diruang sempit dengan cara memijak orang lain.Ingat kawan,apa ada pada nama?pemikiran yang terlalu stereotaip inilah yang menjadi senjata mereka dan kelemahan kita.


Ular oh ular

Pawned!


안녕 잘 지냈니?

11 july.Tinggal seminggu sahaja lagi untuk short sem akan habes.Dan ini juga menandakan sudah sebulan blog aku kering kontang tanpa sebarang post.Bukan semangat sudah hilang cuma aku malas nak menulis ketika minggu exam sibuk menggila.Di tambah lagi dengan short sem.Memang gila.

Aku selalu tertanya-tanya.Kalau seorang manusia itu dipaksa atau melebihi limit dirinya.apa yang akan terjadi?will he or she bend nicely to the situation or will he or she break like a fragile glass?gamble man.life is all about gambling.wether you are brave enough to gamble it’s up to you.Or should i say in the end it is the experience that decide?Dan jangan terlupa bahawa kadang-kadang manusia itu mampu berbuat sesuatu di luar jangkaan jika mereka terdesak dan didesak di suatu sudut yang sempit dan tidak ada jalan keluar.

Aku melihat sudah manusia yang didesak dan terdesak dalam membuat keputusan.Dan aku juga sudah melihat manusia yang gagal dalam perjudian hidup mereka lantaran kekurangan sumber inspirasi dan pengalaman.Moga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini.Sebab bukan semua orang mudah menyusun puzzle-puzzle kehidupan mereka yang sudah berkecai.Semua orang berbeza.Sesetengah orang mempunyai semangat jitu yang tinggi untuk melawan dan bangkit serta berani melangkah ke dunia sana tetapi sesetengah orang pula lengai selengai gas adi yang hanya dengan dunia mereka.Ijazah terbaik bagi seorang pelajar seperti kita semua adalah pengalaman.Pengalaman yang akan mendewasakan dan mengajar kita erti kehidupan.Pengalaman juga yang akan memberi panduan kepada kita dalam menangani sesuatu perkara.

Tapi kalau pengalaman pon malas dicari, apa kah kita?

grad

Gambar grad Mechanical Design Department di Dongyang Technical College,Seoul 2008


Cool

Maaf minggu periksa


Say No to Chin Peng

Sudah lah. Hentikan retorik mahu membawa kembali Chin Peng masuk kembali ke Malaysia. Walaupun aku anak selepas merdeka dan lahir selepas  malayan emergency tetapi api kemarahan itu meluap-luap dan tetap ada.

Kepada sesiapa yang menyokong kemasukan semula Chin Peng hentikanlah. Kemasukan semula Chin Peng ke Malaysia hanya akan menambahkan luka kepada keluarga mangsa-mangsa kekejaman komunis.Ada yang direbus,di siat kulit,ditembak depan keluarga,diheret sampai mati dan berbagai-bagai lagi kekejaman komunis.

Ya aku tahu dan sedar kewujudan sejarah ‘pihak kiri’ yang di wakili oleh para pejuang haluan kiri yang dicop oleh pihak british sebagai radikal.Ya umum mengetahui corak penentangan kemerdekaan ini diwakili oleh dua golongan iaitu kiri dan kanan.Memang benar pejuang  haluan kiri seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy,Ibrahim Hj Yaacob,Shamsiah Fakeh dan ramai lagi  telah merintis perkembangan nasionalisme di tanah melayu.Juga diakui penglibatan pertubuhan-pertubuhan kiri seperti  PUTERA,API,KMM,PKM dan lain-lain dalam menentang penjajahan.Malahan itu juga merupakan fakta sejarah dan tidak mungkin terpadam sebegitu sahaja.Dokumentari sepuluh tahun sebelum merdeka ada menceritakan serba sedikit perjuangan golongan kiri ini.

Tapi yang ingin difokuskan di sini adalah keganasan PKM(Parti Komunis Malaya) pimpinan Chin Peng yang telah membunuh ribuan penduduk awam,polis dan tentera yang tidak berdosa.Membenarkan kemasukan kembali Chin Peng ke Malaysia seolah-olah tidak menghormati perjuangan anggota keselamatan dan penduduk awam berbilang bangsa yang telah terkorban menentang pengganas komunis.Bukan seorang dua tetapi ribuan jumlahnya.Permintaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia seolah-olah tidak menghargai nyawa pejuang negara yang terkorban.Alasan bahawa Chin Peng tidak menjadi ancaman tidak dapat diterima pakai kerana luka yang ada tetap berdarah. Hutang darah pahlawan bangsa masih tidak terbalas.Buang sahaja tugu negara itu jika Chin Peng dibenarkan memasuki kembali Malaysia.Bukankah tujuan penubuhan tugu negara itu adalah untuk menghargai pengorbanan perajurit negara yang terkorban dalam perang dunia 1,2 dan tempoh darurat yang melibatkan komunis.Adakah kita benar-benar menghargai pengorbanan mereka dengan membenarkan Chin Peng masuk semual ke Malaysia?

Jika Chin Peng berani menyaman kerajaan Malaysia kenapa pula kita tidak berani menyaman Chin Peng yang menjadi penyebab utama terhadap kehilangan nyawa perajurit negara?Jangan tunduk kepada desakan ini.Jika alasan bahawa dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan diguna pakai, kenapa selepas Malaya mencapai kemerdekaan pihak komunis terus mengganas sehingga tahun 1989 dan membunuh nyawa mereka yang tidak berdosa ? masih ingat sejarah Bukit Kepong? Ini antara bukti kekejaman PKM yang cuba menjadi raja di Malaysia ketika itu.Malahan mereka bertindak berani membunuh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

Jangan kita lupa akan pengorbanan generasi terdahulu yang bersusah payah menderita berjuang menentang komunis.Luka di dada mereka masih terpalit.Kita sebagai generasi muda yang tidak perlu melalui penderitaan seperti mereka ini sekurang-kurangnya boleh menunjukkan penghargaan melalui bantahan kepada cadangan untuk membawa masuk kembali Chin Peng.

Sebelum kamu mengatakan sekarang ini zaman sudah aman dan Chin Peng sudah tidak menjadi ancaman, Teliti dan hayati wajah seorang demi seorang pejuang bukit kepong yang menjadi mangsa kekejaman komunis.

Wira bukit kepong

Wira bukit kepong


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.